Refleksi makropengajaran1
Pada 8/3/2017 saya telah
melangsungkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan rakan kelas
di Universiti Pendidikan Sultan Idris bertujuan sebagai salah satu latihan
untuk sesi latihan mengajar pada semester 7 kelak.
Pada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung selama setengah jam itu, saya telah mengajarkan
tajuk di dalam bab dinamik iaitu daya dan gerakan. Sepanjang sesi pdp
berlangsung, semua pelajar memberikan perhatian yang sewajarnya dan memberikan
kerjasama dalam semua aktiviti pembelajaran yang telah dirancang. Bagi sesi set
induksi, saya telah menunjukkan demonstrasi dengan membalingkan bola ke atas
lantai. Pelajar memberikan reaksi seperti yang saya harapkan.
Dengan itu saya simpulkan
bahawa mereka mempunyai gambaran awal mengenai daya. Walau bagaimanapun, semasa
aktiviti penstrukturan idea dijalankan, pelajar kurang pasti apa yang perlu
dilakukan oleh mereka walaupun saya telah memberikan arahan mengikut langkah-langkah
yang tertentu.
Hal tersebut terjadi
mungkin disebabkan kekurangan diri saya dalam memberikan arahan yang jelas dan
mudah difahami oleh pelajar. Setelh pelajar selesai melakukan aktiviti di dalam
penstrukturan idea, saya seterusnya membuat satu kesimpulan bersama para
pelajar mengenai aktiviti dan berdasarkan jadual yang telah dilengkapkan semasa
aktiviti penstrukturan idea berlangsung.
Semasa sesi bersoal jawab
dengan pelajar, saya mendapati pengetahuan saya terhadap tajuk yang diajarkan
masih lagi lemah lantaran saya teragak-agak untuk memberikan jawapan yang telah
ditanyakan oleh pelajar. Untuk aktiviti
aplikasi idea, aktiviti yang dijalakan itu sangat menarik minat pelajar dan hal
demikian membuatkan mereka memberikan fokus yang lebih kerana aktiviti tersebut
adalah menarik. Akhir sekali untuk aktiviti penutup, saya telah mengedarkan
borang penilaian kefahaman kepada pelajar. Respon yang diterima adalah cukup
memuaskan kerana pelajar menandakan bahawa mereka memahami dan mencapai hasil
pembelajan yang ingin dikuasai.
Refleksi makropengajaran 2
Pada tarikh 6/4/2017 saya telah menjalankan satu sesi
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong bagi
memenuhi keperluan bagi subjek KPD. Pada hari tersebut, saya telah mengajarkan
tajuk fotosintesis kepada pelajar tahun satu Ijtihad di sekolah tersebut.
Pendekatan pembelajaran yang ingin saya ketengahkan di dalam sesi PDP ini
adalah kaedah pembentangan. Hal ini juga bertujuan untuk memupuk nilai
keberanian di dalam diri pelajar. Antara kelemahan aktiviti yang dijalankan ini
adalah murid terlalu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan. Beberapa orang murid dari setiap kumpulan tidak memberikan kerjasama
yang sepatutnya dan hanya menjadi penumpang dan hanya memberikan kerjasama jika
diberikan tekanan oleh guru. Selain daripada itu, kawalan kelas oleh saya
sendiri sangat lemah lantaran saya tidak dapat mengelakkan murid yang berada di
barisan hadapan kelas daripada bercakap-cakap sesama sendiri dan tidak
memberikan perhatian semasa rakan mereka membuat pembentangan.
Selain itu juga, terdapat
beberapa orang murid yang saya perhatikan tidak berminat dengan rancangan
pengajaran yang telah saya sediakan, mereka lebih memilih untuk membaca buku
teks semasa aktiviti pembentangan dijalankan. Semasa aktiviti aplikasi idea, saya
hanya menunujukkan video tentang eksperimen menguji kehadiran kanji lantaran
kekangan masa. Apa yang dapat diperhatikan adalah, murid mengalami kesukaran
untuk memahami bagaimana kuputusan eksperimen tersebut boleh terhasil. Pada
pendapat saya, murid perlu mengalami sendiri eksperimen tersebut bagi
mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang topik tersebut. Akhir sekali, oleh
kerana masa yang ada tidak mencukupi, akttiviti soal jawab bersama murid tidak
dapat dijalankan dan hal tersebut menyebabkan saya tidak dapat mengetahui tahap
kefahaman murid mengenai keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada
waktu tersebut.
No comments:
Post a Comment